
Sulit
3 tahun
Ubat hormon 21 Hari ( masalah haid)
Saya berumur 27 tahun. Saya mempunyai masalah irregular period. Sekarang, doctor memberi ubat hormon 21 Hari. Saya sudah period Dan kena teruskan ubat ini utk 2 bulan lagi. Soalan Saya adakah Saya ovulating? Orang yg mengambil ubat 21 hari tidak ovulating ? Tkasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak DoctorOnCall.
Kami faham bahawa anda ingin mengetahui sama ada individu yang mengambil ubat hormon mengalami ovulasi (waktu subur) ataupun tidak. Jangan bimbang, kami akan cuba menjelaskan hal ini kepada anda.
Untuk pengetahuan anda, ovulasi adalah waktu apabila proses di mana ovari anda melepaskan telur yang matang. Ini penting untuk dijejaki semasa anda ingin cuba untuk hamil. Pil hormon pula merupakan pil yang juga digunakan untuk merancang kehamilan, maka jika seseorang individu sedang mengambil atau memakan pil berkenaan, secara amnya tidak mengalami ovulasi. Akan tetapi, preskripsi ubat daripada doktor telah mempertimbangkan hal ini dalam mengatasi masalah haid seseorang pesakit.
Jika anda masih bimbang tentang perkara ini, sila hubungi pihak kami bagi mendapatkan nasihat yang diperlukan.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Sekiranya anda memerlukan penerangan lebih lanjut berkenaan pertanyaan anda, anda boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian secara peribadi.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan