
amoiz_88
5 tahun
Ubat hormon dusphaston
Saya Wanita 32 tahun…nak tanya dr sebelum ini penah bagi saya ubat ini…saya dh makan 15 biji…lepas itu period datang…Adakah normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, ubat ini mengandungi hormon yang boleh menyebabkan kesan sampingan seperti berikut:
- kitaran haid tidak teratur (anda mungkin mengalami masalaj ini)
- emosi tidak stabil
- jerawat
- berat badan meningkat
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.