
Anonymous
5 tahun
Ubat keputihan semasa hamil
Saya berumur 35thn dan sedang hamil 35mggu… Sejak 2 menjak ini saya kurang selesa dengan keputihan yang keluar dari faraj… Saya pergi ke klinik nak dapatkan rawatan… Dan doktor sudah mengambil sample… Dan dibekalkan ubat yang perlu dimasukkan melalui faraj… Soalan saya, adakah ubat tersebut mempunyai kesan2 terhadap baby didalam kandungan, seperti perut mengeras atau apa2 sahaja… Terima kasih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, ubat yang diberikan adalah aman buat kandungan .
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.