
Sulit
3 tahun
Ubat klinik setelah divaksin
Ayah Saya berumur 63 tahun Dan mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis darah tinggi Dan kolestrol. Ayah Saya baru sahaja divaksin selepas beberapa jam dia divaksin. Bolehkah dia mengambil semula ubat kencing manis seperti biasa atau tidak boleh mengambil ubat kencing manis tersebut sehingga 2 hingga 3 hari?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan informasi terkini, tiada informasi yang jelas berkenaan hubungan antara rawatan kencing manis dan vaksin COVID-19. Walau bagaimapun pengubatan kencing manis lazimnya perlu diteruskan seperti mana yang telah ditetapkan oleh doktor anda demi mencegah komplikasi dari gula darah yang terlalu tinggi.
Namun, adalah lebih baik anda mendapatkan kepastian selanjutnya daripada doktor.
Hubungi kami untuk bercakap dengan doktor secara langsung agar kami boleh membantu anda dengan penerangan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini