
Sulit
3 tahun
Ubat norethisterone untuk ttc/ ada kesannya?
saya baru sahaja menjalani operation untuk buang fibroid awal april. saya baru follow up semula dengan pakar sakit puan tadi. dia ada bagitahu yang saya punya telur sebelah kiri tak pecah… doc suggest saya untuk ambil norethisterone dalam masa 10hari sebelum period … soalan saya, adakah ubat ini sesuai? saya ada baca berkenaan ubat ini, fungsinya adalah seperti perancang kehamilan/untuk delay period.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Soalan anda adalah berkenaan kesesuaian rawatan norethisterone yang disarankan oleh doktor anda.
Norethisterone adalah sebuah ubat hormonal yang mengandungi bahan aktif progestin. Ia membantu dalam regulasi hormon wanita.
Rawatan yang telah disyorkan oleh doktor pakar anda tentunya telah mengambil kira pelbagai sudut namun sekiranya anda masih belum jelas atau menginginkan pendapat kedua, anda boleh berhubung dengan doktor kami di atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.