
rahmantorji99
5 tahun
Ubat pantoprazole untuk gastrik
Hello saya nak Tanya doktor, patutkah saya stop atau teroskan makan ubat pantoprazole 40mg Ni setelah 4 Hari makan. Doktor pakar orthopedic bg ubat tu. Effect setelah makan saya rasa dada macam semput,nak muntah,loya, tekak pahit Dan pening. Mintak nasihat doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, ubat Pantoprazole adalah sejenis ubat proton pump inhibitor. Ini bermaksud, ubat ini berfungsi untuk mengurangkan pengeluaran asid perut. Tujuan pemberian ubat ini oleh doktor ortopedik anda adalah kerana ubat-ubatan ortopedik sering menyebabkan peningkatan pengeluaran asid perut. Justeru ubat PPI seperi Pantoprazole diberikan sebagai pendamping agar asid perut tidak bertambah. Asid perut yang bertambah dapat melukakan lapisan dinding perut anda. Ini dapat menimbulkan masalah lain seperti gastritis.
Berikut adalah kegunaan ataupun indikasi lain pemberian ubat Pantoprazole:
- Zollinger-Ellison syndrome
- Ulser perut
- Gastroesophageal reflux disease (GERD)
Antara kesan sampingan yang sering terjadi akibat pengambilan ubat ini adalah:
- Defisiensi vitamin B12 (long-term therapy)
- Jangkitan gastrointestinal
- Mual, muntah
- Cirit birit,
- Sembelit
- Sakit perut
- Dispepsia
- Mulut kering
- Letih lemah
Oleh itu, sekiranya gejala tidak membaik, sebaiknya anda rujuk kepada pihak kami di pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih