
Anonymous
6 tahun
Ubat/pil postinor 2
Saya baru bersalin , nak masuk 3bulan. Mengambil postinor 2 minggu lepas sabtu. Saya berasa sakit perut sejak semalam dan berak cair. Rasa mual ada tapi kurang . Kenapa ye?

6 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih kerana menghubungi DoctorOnCall.
Simptom-simptom yang anda alami sekarang adalah antara kesan sampingan pengambilan postinor.
Kesan sampingan yang biasa dialami adalah keletihan, mual dan muntah. Sesetengah pesakit juga mengalami sakit perut, cirit-birit, pening kepala, sakit kepala, payudara lembut, pendarahan faraj meningkat dan tindak balas kulit.
Dalam sesetengah kes, 2-3 hari selepas penembusan pengambilan tablet atau keluar pendarahan mungkin akan berlaku di mana kebiasanya ia akan berhenti secara spontan.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan yang selanjutnya, anda disarankan untuk click pada link ini (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor kami secara atas talian…Terima Kasih.