
Sulit
3 tahun
Ubat pocin-h ear drops
Saya ingin bertanya warna ubat pocin-h ear drops.Adakah ubat ini jernih seperti air mcm ubat sakit mata(eyemo) atau warna putih likat seperti antibiotic?sbb ubat yg sy dpt berwarna putih likat?Adakah ubat ni telah rosak dan tidak boleh digunakan lagi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Memandangkan pertanyaan ini adalah melalui forum, justeru ia menyukarkan kami untu membuat penilaian ubat yang digunakan oleh anda sama ada ianya masih boleh digunakan ataupun telah rosak. Bagi mengenal pasti keadaan ini, kami menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada ahli farmasi.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah anda. Terima kasih