
hamb6050
4 tahun
Ubat PPI GERD sudah tidak berkesan
Saya mengambil ubat PPI ( dexilant ) untuk gerd sudah beberapa bulan. sebelum ini ubat dexilant berjaya mengawal simtom gerd saya seperti mual, pening kepada, sakit dada, sesak nafas,dan perasaan takut.
Tetapi sejak beberapa hari lepas simtom gerd saya kembali. sy mula berasa mual, mual lebih teruk selepas makan, dan rasa berangin di bahagian dada dan tekak.
Adakah ubat PPI dexilant ini sudah tidak berkesan lagi? adakan patut tukar ke ubat PPi yang lain?
nota: Beberapa hari sebelum simtom kembali, saya mengambil aspirin kerana sakit gigi

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu ubat yang anda ambil untuk GERD sudah tidak lagi berkesan.
Untuk makluman anda, ubat Aspirin yang anda ambil sebelum simptom-simptom ini muncul kembali adalah dilarang dalam situasi anda. Ubat berkenaan akan merosakkan lagi lapisan perut dalaman anda dan mendedahkan asid perut untuk menyerang lapisan esofagus anda. Hal ini yang menyebabkan anda berasa ubat untuk GERD anda tidak seefektif dahulu. Oleh itu, anda perlu berhenti mengambil ubat Aspirin dan pergi berhubung dengan mana mana doktor.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.