pqaraihana
5 tahun
Ubat Prednisolone & Acnotin 10 (Isotretinoin)
Saya wanita berumur 24 tahun. Saya telah batuk selama 2 bulan dan telah pun berjumpa dgn pakar. Setelah mncuba beberapa antibiotik, dia suggetkan saya ubat Prednisolone. Dalam masa yg sama saya juga consume Acnotin 10 bermula bulan Nov 2019. Saya nak tny ada kesan ke jika saya makan ubat Prednisolone dan Acnotin dalam masa yg sama? Kerana kedua dua ubat tersebut perlu diambil sekali sehari
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, tiada sebarang kesan bagi kedua-dua ubat diambil bersama. Namun, anda tidak boleh berhenti mengambil ubat prednisolone secara mendadak kerana terdapat risiko untuk kegagalan organ adrenal.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.





































