
Sulit
4 tahun
Ubat propranolol HCI 40mg tab
Boleh kah sy mnum ubt tiroid utk mngurangi gejalanya seperi x selera dtekak dgn meminum ubt propranolol HCI?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang ubat propanolol.
Untuk makluman anda, propanolol adalah ubat di bawah kelas beta blocker. Ubat ini digunakan dalam rawatan hipetiroid bagi mengurangkan gejala berdebar-debar, keresahan, atau tremor.
Untuk mengambil ubat ini, anda perlu mendapatkan penjelasan dan preskripsi doktor terlebih dahulu. Hal ini kerana bukan semua pesakit tiroid memerlukan ubat ini dan ubat ini boleh memberikan kesan sampingan.
Oleh itu saya nasihatkan anda untuk bercakap dengan doktor anda terlebih dahulu sebelum menggunakan ubat ini.
Selesaikan masalah tiroid anda dengan Pakar Yang Bertauliah !
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.