
hamb6050
4 tahun
Ubat sembeli Lactulose ganggu ubat dexilant, simtom gerd kembali
Hi, sy lelaki berumur 26 tahun.
saya asa GERD dan dah ambil dexilant selama 12 hari, sejak ambil dexilant semua simtom mcm loya, kerap sedawa, pening, sesak nafas, semua da berkurang
tetapi 2 hari lepas sy ada mengambil ubat sembelit Lactul ( lactulose ), keesokan hari selepas ambil Lactul rasa mual dtg balik, dan rasa kerap nak sedawa, dah sedawa banyak kali tapi masih rasa mcm bnyk gas yg terperangkap.
adakah lactul ni menganggu ubat dexilant yg sy sedang ambil,? simtom gerd dtg balik selepas saya ambil ubat sembelit lactul

5 tahun
Ubat lactulose merupakan ubat yang digunakan untuk merawat sembelit. Berikut merupakan kesan sampingan ubat lactulose:
- Loya
- Muntah
- Cirit birit
- Kembung perut
- Sakit perut
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.