
nnazahiah221284
5 tahun
Ubat semput semakin kurang berkesan
Selamat malam docter…saya mengalami semput.sekarang saya ada makan pil semput pil asmin 4mg dan patnosolon 4mg…tapi sejak kebelakangan ini ubat itu kurang dan lambat berkesan…kenapa ya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Dos tidak mencukupi
Ubat tidak sesuai lagi
Kesilapan dalam pengambilan ubat
Ubat tamat tempoh
Penyakit anda semakin parah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.