Sulit
4 tahun
Ubat Steroid Prednisolone Boleh Ambil Vaksin Dos 2?
Saya baru keluar wad dengan diagnos Covid 19 Stage 4 with Organizing Pneumonia, Bmi>30,Diabetes.Saya dibekalkan dengan ubat steroid Prednisolone 12biji (1 biji 5mg) setiap 5 hari kurang sebiji,insulin 4 kali sehari (siang 3 kali actrapid 12unit,malam insulatard 20unit),ubat tinggi darah,ubat gastrik,calcium 39mg 2biji 2xsehari,metromin 500mg 2biji 2xsehari.
Pertanyaan.
- Adakah saya boleh mengambil suntikan vaksin covid19bdos 2? Sb ada maklumat mengatakan tidak boleh dan ada maklumat mengatakan keupayaan vaksin akan menurun kepada 30% sahaja.
2.Adakah saya perlu berehat/kuarantin d rumah selama 1 bulan kemudian boleh turun kerja?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, anda boleh terima suntikan vaksin dos 2. Namun, sila bincang dengan doktor atau pihak kesihatan anda mengenai jangka masa terbaik untuk vaksinasi. Sebabnya penggunaan ubat steroid dos melebihi 20mg dan berjangka panjang (>14hari) berupaya mempengaruhi sistem imuniti anda. Selain itu, steroid tidak akan mempengaruhi kesan dan fungsi vaksin.
Sekiranya anda telah tidak bergejala sekurangnya 10 hari sejak timbulnya serta ujian covid terkini anda adalah negatif, anda boleh pergi kerja, cuma perlu mengikuti SOP, pakai mask, rajin cuci tangan dan jarakkan diri sama lain. Namun, kebenaran untuk anda bekerja juga bergantung pada polisi tempat kerja anda.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi jabatan berkaitan CPRC dengan talian 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini
























