
Sulit
4 tahun
Ubat tambahan vitamin c
Doctor,Saya mahu ambil ubat supplement vitamic larut dalam air tetapi saya konfius mana yang lebih sesuai untuk diambil samada 1000mg,500mg atau 250mg.saya ada darah tinggi dan kolestrol.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, dos supplement vitamin C bergantung pada usia dan jantina seseorang. Untuk supplemen seorang dewasa digalakkan untuk tidak mengambil melebihi 2000mg sehari. Jika melebihi 2000mg anda boleh mendapat kesan sampingan vitamin c seperti:
- cirit birit
- loya
- kekejangan perut
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.