
Sulit
5 tahun
Ubat tidor untuk hubungan suami isteri
Bolehkah sekiranya saya mengambil ubat tidor ketika ingin melakukan hubungan intim agar tidak rasa sakit atau takut bersama.mohon diberi jenis ubat tidor yang boleh di ambil.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, ubat tidur mempunyai fungsi berikut:
- Insomnia (masalah tidak boleh tidur)
- personaliti agresif dan mencederakan orang sekeliling
- Bius sebelum pembedahan
Ia adalah ubat terkawal yang tidak diberikan sewenang-wenangnya kepada pesakit kerana boleh menyebabkan
- kegagalan paru-paru
- kegagalan jantung
- masalah ketagihan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.