
liyana.zakaria85
3 tahun
Ubat tidur habis, perlukan stok tambahan
Saya wanita berusia 31 tahun, pernah refer kepada psychiatrist atas masalah panic attack dan pernah diberikan ubat tidur kerana akan mengalami masalah untuk tidur seharian, kebiasaannya 1 kali pada setiap bulan.
Walaubagaimanapun, sejak akhir-akhir ini saya mengalami semula masalah insomnia. Sukar untuk tidur, tidur yg tidak berkualiti, kerap terjaga setelah tidur 1 hingga 2 jam, dan mengalami kesukaran untuk tidur semula. Bolehkah saya dapatkan ubat tidur dari DoctorOnCall untuk membantu mengawal semula masalah saya ini?
Untuk makluman, sebelum ini saya pernah mengambil Stilnox (Zolpidem), ½ dos hanya apabila perlu (hanya ketika 1 hari tidak boleh tidur).

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk makluman anda, ruang forum ini adalah untuk nasihat mengenai masalah kesihatan. Anda boleh menggunakan khidmat konsultasi atas talian kami untuk mendapatkan preskripsi daripada doktor kami.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.