Sulit
3 tahun
Ubat tramadol dan pantoprazole
Ibu saya mempunyai penyakit gastrik. Bolehkah beliau makan ubat tramadol dan pantoprazole pada waktu yg sama?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kemusykilan pada masa ini. Berdasarkan kenyataan anda, kami tidak dapat memberikan kata putus sama ada ibu anda boleh mengambil kedua-dua ubat pada masa yang sama. Walaupun tidak terdapat interaksi kedua-dua ubat ini, namun begitu anda digalakkan untuk merujuk perkara ini kepada doktor supaya pemeriksaan lanjut dan perbincangan dapat dilakukan bersama dengan doktor.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.