
Sulit
5 tahun
Ubat tranexamic utk berhentikan darah
Salam sejahtera, saya wanita berusia 27 tahun mengalami keguguran… Pada asalnya saya tidak tahu yg saya hamil… Sbb saya ingatkan period… Dtg pada 22/3/2020…kemudianprgi hospital… Bru dpt tahu yg saya hamil… Tp telah gugur… Darah smpai skrg masih blom berhenti… Hanya tggal period wrna coklat… Tak banyak… Saya ad telan ubat tranexamic acid…tp Darah kluar merah segar… Adkah normal… Utk saya teruskn telan ubat tersebut sehingga betul dh xde darah kluar… Atau… Stop telan ubat tu…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ubat tranexamic acid seharusnya diambil pada waktu haid sahaja. Anda tidak digalakkan untuk mengambil ubt ini sekiranya tidak datang haid.
Oleh itu anda boleh meneruskan ubat ini sehingga haid anda berhenti.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami… Terima kasih.