
Anonymous
5 tahun
Ubat untuk cegah hamil selepas bersama
Sy ibu yg baru bersalin 8 bln. 1st period selepas bersalin pada 11/5 dan bersama suami 6/6(tempoh x subur bg wanita) tiada pencegah hamil yg d ambil. Selepas 17/6 masih belum period. Adakah potensi utk hamil?adakah ubat yg sy ble ambil utk cegah hamil pd ms ini?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Untuk mencegah kehamilan selepas hubungan seks tidak terlindung (UPSI), kontraseptif kecemasan perlu digunakan. Walau bagaimanapun, terdapat jangka masa tertentu kontraseptif-kontraseptif ini perlu digunakan bagi ia berkesan. Terdapat pelbagai jenis kontraseptif kecemasan seperti:
1.Levonogestrel merupakan pil perancang kecemasan yang mengandungi progestogen, hormon yang berfungsi menghalang ovulasi (pelepasan telur dari ovari). Anda perlu mengambil pil ini selewat-lewatnya 3 hari selepas UPSI. Ia boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan seperti muntah, kesakitan payudara, gangguan haid dan sakit perut.
2.Ulipristal acetate (UA) berfungsi menundakan atau mencegah ovulasi melalui penjejasan fungsi progesteron. UA perlu diambil selewat-lewatnya 5 hari selepas selepas hubungan seks tidak terlindung.
3.IUCD ialah alat kontraseptif dalam rahim yang mengandungi kuprum. Ia boleh digunakan dalam tempoh masa 5 hari selepas UPSI. IUCD membantu menghalang sperma daripada mensenyawakan telur dan menghalang penanaman telur yang sudah disenyawakan di rahim. Ia merupakan sejenis kontraseptif jangka lama dan adalah sesuai bagi pengguna yang tidak mahukan ubat hormon, terlambat mengambil levonogestrel/UA, atau inginkan kontraseptif kecemasan yang paling efektif.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami, Terima Kasih.