
Sulit
3 tahun
Ubat untuk elak kehamilan
hai , saya nurul , saya ingin bertanyakan tentang pil perancang yg patut saya ambil , saya dan suami telah berhubungan intim pda 14/6 dan bulan 11/7 saya bercadang untuk ambil ubat combination pills untuk mengelakkan kehamilan. jadi pertanyaan saya adalah bolehkah saya mengambil ubat tersebut untuk mengelakkan kehamilan saya?? . adakah ubat itu sesuai bg saya?? saya mohon penjelasan drp doktor . terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Perancangan keluarga amat penting bagi memastikan keharmonian dan kebahagian rumahtangga sentiasa terjamin. Kami amat memahami keadaan anda yang ingin merancang kehamilan.
Untuk pengetahuan anda, sebelum meneruskan niat untuk mengambil sebarang jenis ubat, pemeriksaan dan status kesihatan anda perlulah diketahui terlebih dahulu. Ini bagi memastikan rawatan yang diberikan tidak akan menimbulkan sebarang komplikasi.
Dinasihatkan untuk anda berbincang terlebih dahulu dengan doktor sebelum mengambil ubat perangcang kehamilan.
Justeru, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Semoga penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.