
Sulit
3 tahun
Ubat Untuk Kuatkan Rahim
Assalammualaikum doc…sy nk tnya… ade ape2 msalah tak kalau sy makan ubat kuatkan rahim…sy penah keguguran 2 kali…dan sekarang ingin cuba utk hamil semula…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang pengambilan ubat kuatkan rahim memandangkan anda pernah keguguran dan ingin hamil semula. Kami akan cuba membantu.
Untuk memberi nasihat tentang keperluan mengambil ubat kuatkan rahim, kami haruslah mengetahui sejarah kehamilan anda sebelum ini, masalah kesihatan anda serta apakah ubat kuatkan rahim yang anda maksudkan.
Terdapat pelbagai punca keguguran dan setiap punca ini ada rawatannya sendiri.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk kepada doktor bagi mendapatkan nasihat lanjut tentang kehamilan seterusnya dan keperluan ubat kuat rahim ini.
Anda boleh hubungi kami untuk konsultasi secara atas talian dan rujukan kepada pakar sakit puan sekiranya perlu.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan pakar sakit puan.