
eylasuhaeyla
5 tahun
Ubat untuk muka mengelupas
Doc. Saya ada masalah muka yang kering dan mengelupas di bahagian pipi. Lama kelamaan, kawasan mengelupas itu meninggalkan parut putih seperti kulat. Ini mengurangkn keyakinan diri saya, kerana saya berwajah gelap dan parut sedikit cerah. Apa jenis ubat yang saya boleh dapatkan difarmasi untuk masalah tersebut? Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Atopic dermatitis/Perioral dermatitis
- Ekzema
- Cheilitis (akibat kekurangan darah)
- Jangkitan kuman, virus atau kulat
Untuk mendapatkan ubat yang sesuai, diagnosa mestilah dilakukan kerana setiap punca akan menggunakan ubat rawatan yang berlainan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.