
Sulit
5 tahun
Ubat untuk rawat rabun
Hello doktor, saya nak tanya adakah ubat untuk rawat rabun seperti optiVisum selamat untuk dimakan.Baru-baru ini,ayah saya beli ubat tersebut dan saya agak ragu-ragu dengan kandungan ubat tersebut.Ada juga mengatakan ubat tersebut adalah salah satu taktik scammer untuk mendapatkan wang. Bagi pihak doktor, adakah kandungannya selamat ataupun sebaliknya. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, kami tidak boleh mengulas lebih lanjut tentang produk berkenaan kerana tiada maklumat tentang ubat tersebut dalam laman web rasmi perubatan di Malaysia. Ubat ini juga tiada standard piawaian yang diiktiraf oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.