
Sulit
4 tahun
Ubat untuk sembuhkan sakit
saya wanita berumur 20 tahun…saya sakit ketika bersama suami dan sakit ketika hendak membuang air kecil…baru hari ini rasa sakit itu…saya takut saya ada masalah lain😔 bantu saya untuk pulih😞 saya takut hendak ke klinik😞

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit ketika bersama dengan suami dan ingin membuang air kecil. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, masalah yang anda hadapi berkemungkinan besar disebabkan oleh kecederaan atau luka. Namun yang demikian, konsultasi lanjut adalah diperlukan bagi, mengesan punca sebenar kepada masalah anda. Anda boleh berhenti melakukan hubungan kelamin buat seketika dan dapatkan rawatan dari kami atau klinik berhampiran anda.
Antara penyebab sakit membuang air kecil adalah:
- Jangkitan kuman dalam saluran kencing
- Masalah batu karang
- Penyakit buah pinggang
- Masalah pembekuan darah
Untuk mengetahui penyebab masalah anda, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan dan maklumat tentang diri anda adalah diperlukan. Pemeriksaan dan ujian tertentu juga mungkin perlu dilakukan bagi mengesan punca masalah ini dan merawatnya. Oleh itu anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah