
Sulit
4 tahun
Ubatan ketika hamil 1st trimister
Saya baru dapat tahu saya mengandung dimana kandungan saya sekarang 4 minggu …
Hari pertama period terakhir saya 23/12/2020 …
Pertanyaan saya, saya ada membeli asid folic 5mg dan b complex di farmasi … Berapa biji asid folic dan b complex kah saya perlu ambil dalam sehari … Dan bagaimana cara pengambilannya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, selamat sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan soalan ini kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang pertanyaan anda. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk wanita mengandung, anda hanya dibernarkan untuk mengambil 600 microgram (mcg) Folic Acid sehari. Bagi vitamin B complex, anda digalakkan untuk mengambil 1.4 milligram (mg) sehari.
Setiap pengambilan ubat dan makanan tambahan (supplemen) perlulah dirujuk kepada doktor. Pastikan setiap ubat diambil mengikut kadar dos yang ditetapkan, patuhi arahan yang dijelaskan daripada doktor ataupun ahli farmasi.
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih