Sulit
2 tahun
Ubatan perlu diambil selepas mendapatkan vaksin
Saya nak bertanya selepas mengambil vaksin dan terdapat kesan sampingan apa ubat yang perlu diambil sekiranya saya tidak mengambil paracetamol??
2 tahun
Salam sejatera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Maklumat yang diberikan oleh anda tidak cukup untuk kami membuat diagnosis and memberi nasihat mengenai ubat yang boleh diambil oleh anda. Buat masa ini, paracetamol boleh digunakan selepas divaksin sekiranya anda mengalami gejala demam, atau sakit badan. Anda tidak digalakkan untuk mengambil ubat tanpa rujukan doktor, kerana ia boleh mengakibatkan kesan sampingan yang boleh membahayakan nyawa anda. Oleh itu, sila rujuk kepada doktor bagi mendapatkan rawatan bagi kesan sampingan yang anda hadapi.
Anda boleh berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan konsultasi peribadi.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.