
Sulit
3 tahun
Ubatan & vitamin yang sesuai untuk merawat dyshidrotic eczema
Salam sejahtera doc, saya wanita pertengahan 20-an. Saya mengalami sejenis eczema yang mana naik biji air pada celahan jari & merekah. Symptom merekah ini juga naik pada nipple sebelah kanan saya. Sangat tidak selesa & gatal. Berdasarkan pembacaan saya, kemungkinan ianya dyshidrotic eczema. Sebelum ini, saya ada mengamalkan krim Beprogent. Pada mulanya berkesan pada 1-2 kali sapuan, selepas itu tetap akn naik semula terutama jika terkena sabun/mandian tidak sesuai. Boleh doc syorkan amalan medication yg sesuai utk merawat penyakit ini? Sabun jenis bagaimana yang saya perlu pakai? Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya eczema, psoriasis, jangkitan kulit (virus atau kulat) dan penyakit kulit lain.
Perkara-perkara atas biasanya menyebabkan gejala yang serupa dan amat sukar untuk dikenal pasti tanpa perincian.
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Kulit.