
ssenyum099
2 tahun
Ubt mhentikan susu ibu
Blh ke sy konsumsi bromocriptine 2.5mg utk mhentikan susu?kandungan sy brusia 4.5bulan telah mninggal dunia dlm kandungn,pd ms yg sm susu bdn sdh thasil…cmner sy nk hentikan ny?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Apa yang anda boleh lakukan untuk menghentikan susu ibu tanpa ubat adalah:
- Elakkan dari menyentuh puting anda kerana ini merangsang susu untuk keluar
- Kompres dengan air sejuk / ais untuk mengurangkan bengkak
- Elakkan mandi dengan air panas kerana ini akan meningkatkan produksi susu
- Boleh makan ‘painkiller’ jika sakit
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yg sesuai, maklumat lanjut adalah diperlukan. Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut bagi mengetahui punca, dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sesuai.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!