
Sulit
5 tahun
Ujian covid19 bagi pelajar yang pulang dari UK
Saya berumur 30 tahun. Saya baru pulang dari Scotland pada 31 Mac yang lalu. Saya merupakan pelajar di sana. Sebelum pulang, saya telah melakukan self quarantine selama 20 hari. Dan kini saya sedang menjalani self isolation di rumah yang berasingan dengan rumah keluarga bagi mengelakkan sebarang risiko. Selepas 8 hari kuarantin, zaya belum mempunyai apa-apa simptom. Jadi, adakah saya perlu melakukan ujian covid19 sebelum tamat 14 hari kuarantin atau sekiranya tiada simptom sehingga 14 hari, bagaimana saya boleh tentukan yang saya sudah boleh pulanh ke rumah keluarga. Namun begitu, saya bercadang untuk teruskan isolasi selama 20 hari. Saya ada juga merujuk kepada NSH di UK bahawa sekiranya tiada simptom selepas 14 hari, saya boleh hentikan self isolation but I’m not really confident.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, pengendalian ujian ini adalah bergantung kepada pengamatan dan evaluasi daripada doktor setelah melakukan pemerhatian klinikal, pemeriksaan serta mengetahui sejarah sakit. Jika anda menunjukkan simptom jangkitan dan pernah berkunjung ataupun berada dekat dengan penduduk dari tempat yang terjejas teruk dalam jangka masa yang panjang, sebaiknya anda mendapatkan ujian ini. Namun begitu, jika anda tidak menunjukkan apa-apa simptom, berkemungkinan besar yang doktor tidak mempunyai apa-apa indikasi untuk membenarkan anda untuk mengambil ujian tersebut.
Anda perlu khuatir jika anda baru pulang dari negara yang terjejas teruk dengan wabak COVID-19 atau anda mempunyai kontak rapat dengan mereka yang sah dijangkiti COVID-19. Oleh itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini