
intnsyhraa
5 tahun
Ujian darah dan air kencing
Haii doktor . Saya nak tanya adakah ujian air kencing dan darah boleh tahu kita hamil ? Atau pun ujian kehamilan berbeza dengan ujian untuk penyakit ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kehamilan boleh dilihat melalui ujian kehamilan air kencing dan ujian kehamilan darah. Namun, jika anda hadir ke klinik untuk pemeriksaan penyakit, ia tidak akan menunjukkan anda hamil kerana kehamilan memerlukan ujian kehamilan air kencing. Bahan yang diuji untuk mengenalpasti anda hamil berbeza dengan bahan yang diuji untuk penyakit.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.