Sulit
4 tahun
Ujian darah hormon kene puasa ke
Dr setiap klinik boleh buat ujian darah untuk hormon ke.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan kenyataan anda, ujian hormon hanya dibuat berdasarkan pemerhatian doktor berdasarkan sejarah perubatan dan juga hasil pemeriksaan fizikal. Berkenaan “setiap klinik” yang dimaksudkan oleh anda, kami kurang pasti. Anda perlu menghubungi klinik tersebut untuk mengetahui sama ada klinik tersebut menawarkan khidmat untuk ujian hormon tertentu.
Kebiasaannya ujian hormon tidak memerlukan anda untuk berpuasa melainkan diarahkan oleh doktor.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai persoalan anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.

































