
Sulit
4 tahun
Ujian darah untuk mengesan kehadiran penyakit gangren
Saya ingin bertanya…adakah melakukan ujian darah sahaja sudah cukup untuk mengesan penyakit gangren

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk pengetahuan anda, gangrene merupakan keadaan di mana tisu di sesuatu anggota badan mati disebabkan tiada aliran darah kepada bahagian tersebut dan boleh mengalami masalah ini. Gejala bagi masalah gangrene ini adalah:
- Sakit yang teramat
- Perubahan warna pada anggota yang terlibat
- Hilang sensasi atau rasa pada anggota yang terlibat
- Sekiranya berjangkit:
- Terdapat cecair berbau dan kekuningan keluar
Antara jenis ujian yang boleh digunakan untuk mengesan dan mengesahkan penyakit gangren yang telah merebak adalah :
- X-ray
- CT scan
- MRI
- Ujian darah
Hasil keputusan daripada ujian ini, doktor boleh mengesahkan setakat mana gangrene ini telah merebak didalam badan anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.