
Sulit
4 tahun
Ujian eGFR dan proteinuria .- buah pinggang
saya pesakit Diebetes, darah tinggi dan Kolestrol tinggi, minggu lepas saya mendapat keputusan serum darah untuk ujian eGFR saya, setelah dianalisis doktor, doktor kata ginjal saya okay dan tidak ada masalah result cantik,
tapi yang membuat saya risau adalah saya setelah 2 kali test air kencing terdapat Protein dalam urine saya, dan baru melakukan ujian urin 24jam, dan belum menerima keputusan ujian,
pertanyaan saya, adakah kehadiran protein dalam air kencing saya menunjukkan saya ada CKD? sedangkan keputusan eGFR ginjal saya okay menurut doktor… mohon pencerahan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kehadiran protenuria dengan eGFR yang normal menunjukkan anda berisiko tinggi untuk kehilangan secara progresif dalam fungsi buah pinggang anda. Namun, anda digalakkan untuk menunggu semua keputusan anda bagi mengesahkan diagnosis.
Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.