
Sulit
3 tahun
Ujian kehamilan disebabkan vaksin atau tidak
Saya telah vaksin dose ke dua pada 12/9/2021 dan hari khamis 16/09/2021 pukul 4 pagi saya telah buat ujian kehamilan dan ada double line tetapi kabur tak berapa jelas. Adakah ujian kehamilan saya dua line tetapi kabur di sebabkan vaksin? Jadi saya keliru sama ada saya hamil atau ujian kehamilan tu kesan dari vaksin

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda ingin mengetahui jika ujian UPT anda menunjukkan ‘double line’ disebabkan oleh vaksin. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kajian semasa atas kesan vaksin atas ujian UPT tidak mencukupi untuk memberikan kepastian jika ia boleh menyebabkan keputusan ‘false-positive’. Oleh itu, kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada doktor bagi mendapatkan kepastian jika anda hamil melalui ujian darah yang lebih tepat. Anda juga boleh merujuk kepada doktor kami secara atas talian jika anda memerlukan nasihat lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.