
Sulit
3 tahun
Ujian kehamilan positif sehari sebelum due period
Hi DR, Saya nak tanya, saya membuat ujian kehamilan 1 hari sebelum due period pada waktu petang sebanyak 2 kali dan ianya positive. Adakah saya betul hamil atau saya perlu menunggu 1 minggu selepas terlepas datang haid? Tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda.
Untuk makluman anda, ujian UPT mempunyai ketepatan yang tinggi dalam mengesan kehamilan. Ujian UPT ini mengesan hormon kehamilan, iaitu hCG dalam air kencing. Ujian UPT sememangnya disyorkan seminggu selepas waktu haid yang terlepas, namun ia boleh digunakan seawal 4 hari sebelum tarikh haid anda.
Memandangkan anda telah membuat ujian UPT sebanyak 2 kali, ada kemungkinan besar untuk anda hamil. Anda boleh merujuk kepada klinik kesihatan yang berdekatan untuk mengesahkan kehamilan anda dengan ujiana tambahan (ujian darah dan ultrasound) dan membuka buku pink sekiranya hamil.
Namun, ada kalanya ujian UPT boleh menunjukkan ‘false positive’, ini boleh berlaku kerana :
- Penggunaan alat ujian UPT yang salah
- Masalah kencing kotor
- Penggunaan sesetengah jenis ubatan;
- Sista ovari
Oleh itu, kami menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor untuk mendapatkan kepastian. Anda boleh berhubung dengan pakar ibu dan anak kami secara atas talian untuk mendapatkan nasihat lanjut.
Terima kasih, semoga jawapan kami dapat membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.