Sulit
3 tahun
Ujian kehamilan sebelum due period
Sy wanita berudia
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Alat ujian kehamilan mengesan hormon hCG yang dikumuhkan di dalam air kencing. Kadar hormon ini adalah tinggi ketika hamil. Untuk makluman pihak anda, semua jenis alat kehamilan yang terdapat di pasaran adalah menggunakan mekanisma yang sama. Namun mungkin terdapat sedikit perbezaan dari segi langkah penggunaan bagi produk-produk alat ujian kehamilan yang berlainan.
Langkah menggunakan alat ujian kehamilan secara am:
- Kumpulkan air kencing aliran tengah (midstream urine). Cara melakukan langkah ini adalah dengan melepaskan kencing sedikit terlebih dahulu ke dalam mangkuk tandas sebelum mengumpulkan sampel air kencing di dalam bekas.
- Rendamkan bahagian hujung alat ujian kehamilan yang menyerap (biasanya bertanda) ke dalam bekas berisi air kencing yang dikumpulkan
- Tunggu sehingga garisan pertama mucul pada alat ujian kehamilan
- Jika garisan kedua muncul dengan terang selepas beberapa minit garisan pertama kelihatan, ujian kehamilan adalah positif
Antara alat ujian kehamilan yang terdapat di pasaran adalah:
- Dip N Tell Pregnancy Test
- Clearblue Pregnancy Test Kit
Terdapat sejenis lagi alat ujian yang dipanggil ovulation test kit. Alat ini walaupun digunakan dengan cara yang sama dengan alat ujian kehamilan, namun hanya menunjukkan ovulasi (pengeluaran telur/ovum) dan keputusan postif tidak bermakna hamil. Contoh kit ujian ini adalah
1.Bio Test Ovulation Pregnancy Kit
Anda boleh mendapatkan alat ujian kehamilan dari kami dengan klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Kami menyediakan khidmat penghantaran dengan harga produk yang lebih murah dan pembungkusan yang menjaga privasi anda. Terima kasih.