
Sulit
3 tahun
Ujian kehamilan semalam positif tapi pagi ni negatif
Hai salam sejahtera…sya wanita usia 27tahun dah berkahwin dan ada 2 org anak…sya dah dekat 2 bulan tak datang period…sblm ni period tiap2 blan datg…
Semalam saya ada buat upt test waktu pagi naik 2 line…terang jgk…tapi pagi tadi saya try buat upt test tiba2 negatif…
Perut ada rasa menyucuk , rsa loya , selera makan pun dh kurang , bdn kerap jdi letih berbanding dulu , ada time dada rsa sesak nak bernafas…
Persoalan nya knpa ye smlm cek positif tapi hari ni negatif. ?? Ada kemungkinan utk hamil ke…??
Mohon pencerahan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan keputusan ujian kehamilan menjadi negatif atau samar-samar, seperti:
- Cara penggunaan yang salah
- Hormon hCG terlalu rendah untuk dikesan oleh kit ujian tersebut
- Kehamilan kembar: Hormon hCG terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca atau dikesan oleh kit ujian
- Kit ujian yang rosak
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Selain itu, sejarah kitaran haid perlu diketahui dengan lebih lanjut dan kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dan pengesahan kehamilan dapat dibuat terhadap anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.