
Sulit
2 tahun
Ujian Kehamilan Waktu Malam
Hi. Saya berumur 39 tahun. Saya baru berkahwin bulan November yang lepas. Sebelum ini saya pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak yang telah berusia 14 tahun.
Saya tidak mempunyai masalah datang bulan. Tarikh akhir haid saya 07/12/2019. Sekarang haid saya dah lewat 5 hari. Saya telah buat ujian kehamilan sebanyak dua kali pada waktu malam dan saya dapati positif pada hasil ujian tersebut. Namun begitu, saya mengalami sakit bahagian bawah perut serta pinggang seperti datang bulan. Adakah itu menunjukkan tanda sebenarnya saya tidak hamil kerana ujian tersebut dibuat waktu malam?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, gejela yang anda hadapi boleh menjadi salah satu tanda awal kehamilan. Antara punca lain masalah yang anda hadapi:
- sindrom premenstrual
- trauma
- jangkitan kuman pada buah pinggang
- masalah ketegangan otot
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.