
muhdadamfirdaus98
5 tahun
Ujian negatif . Tetapi tidak datang period
Selamat petang . Saya dan isteri saya ( kahwin awal ) yg berusia 19 tahun masih belajar di salah sebuah IPTA di malaysia . Saya telah melakukan hubungan yang diluar jangkaan saya dan isteri saya . Setelah seminggu berlalu , isteri saya memberitahu bahawa periodnya tidak datang . Saya membeli pregnant cytest dan hasil ujian adalah negatif . Tetapi selepas seminggu drp ujian test , period isteri saya belum datang jua . Isteri saya sudah mula menunjukkan tanda ii kehamilan . Contohnya , payudara membesar , mual di awal pagi , mengidam makanan . Saya berasa hairan kerana pregnant cytest menunjukkan tanda negatif . Kami mula berbincang untuk mengambil pil gugurkan kandungan kerana kami dan keluarga berjanji tidak akan melakukan hubungan sehingga mengandung pada masa belajar . Sbelum membeli pil tersebut , saya memohon kpd doktor untuk memberikan penjelasan berkenaan pil gugurkan anak . Jika pil tersebut tidak baik untuk kesihatan , adakah ada cara lain untuk mengugurkan kandungan ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, berikut adalah 20 tanda-tanda awal kehamilan untuk anda rujuk dan kenalpasti simptom yang terdapat pada isteri anda:
- Tidak datang haid
- Keletihan
- Mual
- Muntah-muntah (juga dikenali sebagai “morning sickness”)
- Payudara yang sakit dan semakin membesar
- Sembelit
- Kekejangan
- Pendarahan ringan atau pendarahan implantasi
- Perubahan emosi atau mood
- Mengidam pelbagai jenis makanan
- Keluar cecair atau keputihan daripada faraj
- Peningkatan berat badan
- Sakit kepala
- Sakit belakang
- Pening
- Kerap membuang air kencing
- Bengkak pada kaki (edema)
- Kesukaran untuk tidur
- Pedih ulu hati
- Kontraksi yang sederhana
Sekiranya anda ragu-ragu dengan status kehamilan anda, sebaiknya melakukan pemeriksaan sederhana seperti pemeriksaan urine pregnancy test (UPT). Sebagai tips, sebaiknya diuji menggunakan air kencing yang pertama pada awal pagi kerana air kencing lebih cair dan kepekatan hormon hCG dalam air kencing akan lebih berkurang selepas pengambilan makanan pada awal pagi. Klik link ini tentang (bagaimana menggunakan ujian kehamilan)
Seandainya masih negatif, adalah dianjurkan untuk anda mengunjungi doktor agar dapat dilakukan pemeriksaan tambahan berupa pemeriksaan darah. Untuk makluman anda, menggugurkan kandungan adalah menyalahi undang-undang di Malaysia. Hanya kes-kes tertentu sahaja dibenarkan. Anda boleh hubungi dan berbincang selanjutnya dengan kami atau pergi terus ke hospital. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.