
Sulit
3 tahun
Ujian pemeriksaan Covid
Assalamualaikum wbt… saya ingin bertanya,
Ada ibu murid saya merupakan staff KKM di hospital kerajaan. Ditakdirkan ibu terbabit ada melayani pesakit yg positif covid tanpa memakai PPE yang lengkap. Ibu terbabit tidak mendapat arahan daripada Pengarah Hospital utk kuarantin mahupun melakukan ujian calitan krn ibu tersebut dilihat tiada simptom dan sudah divaksin lengkap. Namun ibu tersebut membuat ujian covid secara persendirian dan didapati negatif. Ibu nya mengambil keputusan utk mencutikan anaknya (murid saya) drpd bersekolah dlm 2 hari ini… Soalan saya,adakah perlu anaknya (murid saya) melakukan ujian covid juga sebelum bersekolah semula? murid saya berumur 4 tahun. Semoga mendapat maklum balas daripada pihak Dr… Sekian, terima kasih

3 tahun
Walaikumussalam,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda ingin mengetahui jika murid anda yang perlu mendapatkan ujian pengesanan Covid-19 kerana ibunya mempunyai kontak dengan pesakit Covid-19. Kami akan cuba membantu anda.
Oleh kerana ibu murid tersebut negatif dalam ujian Covid-19, dan telah lengkap vaksinasi, kemungkinan untuk murid anda dijangkiti Coronavirus adalah rendah. Murid anda boleh dikategorikan sebagai kontak kasual dan tidak perlu menjalani ujian Covid. Sekiranya murid anda bergejala seperti demam, sakit tekak, selesema, dan sakit kepala, maka sebaiknya murid tersebut menjalankan ujian Covid. Jika tidak, kesihatan murid anda perlu dipantau selama 14 hari sahaja. Anda boleh mendapatkan nasihat lanjut daripada doktor kami secara atas talian sekiranya perlu.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini