
zttyrisha
6 tahun
Ujian pregnant test negative
Saya bru berumur 21 tahun, saya telah membuat pregnant test pada ptg tadi dan keputusannya negative tetapi saya sudah lebih tempuh period sepatutnya 25hb saya period tpi sampai skrg tk keluar, dan perut saya kerap sakit di bahagian bwh, kiri dan kanan kdg saya rasa perut saya krem,saya rasa loya, pening kepala, ada kah ini tanda tanda saya hamil? sdgkan ujian prengnant test saya negative

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Penyebab negatif upt yang salah
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Sekiranya kesemua keadaan di atas tidak berlaku, ini bermakna anda mungkin mengalami masalah haid tidak teratur yang boleh disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon akibat stress dan faktor-faktor lain.
Untuk mendapatkan pengesahan untuk masalah anda, anda disarankan untuk mengulang sekali lagi ujian upt untuk mengenalpasti status kehamilan anda. Sila merujuk kepada doktor sekiranya ujian upt masih kekah negatif untuk mendapatkan konsultasi yang selnajutnya mengenai haid yang tidak teratur.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsultasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!