Sulit
5 tahun
Ujian Prgnst test positif selepas keguguran
doktor, sy br lepas keguguran…pagi td sy cuba buat prgnt test…keputusan ada satu calit warna merah pekat & satu calit pula warna seakan² pudar…adakah sy masih lg dikategorikan mengandung?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih di atas soalan yang diajukan.
Pertama sekali kami ucapkan takziah kepada anda. Kami amat memahami kekeliruan yang anda sedang hadapi mengenai keputusan ujian kehamilan yang menunjukan tanda positif walaupun anda baru keguguran.
Untuk pengetahuan anda, walaupun anda mengalami keguguran namun hormon di dalam badan anda masih seperti seorang yang hamil. Oleh sebab itu apabila ujian kehamilan dilakukan, besar kemungkinan ia akan menunjukkan keputusan yang positif.
Oleh itu, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor melalui atas talian untuk mendapatkan bantuan dan nasihat seterusnya dalam hal ini.
Saya harap penerangan ini dapat membantu. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.































