
hayanihisham
5 tahun
Ujian Saringan Covid dalam masa yang singkat- Pelajar IPTa
Saya mempunyai soalan. Saya seorang pelajar IPT dan saya perlu menjalankan ujian saringan. Boleh saya tahu adakah klinik membenarkan walk-in? Atau adakah saya perlu membuat temujanji terlebih dahulu. Bolehkah dr sarankan klinik kerajaan dan klinik swasta yang menawarkan ujian saringan covid di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor yang tidak memerlukan temujanji?

5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Hospital kerajaan cuma mengambil kes yang berisiko tinggi sahaja untuk membuat ujian COVID-19. Untuk kes anda, anda boleh mengunjungi hospital swasta seperti KPJ untuk mengambil ujian COVID-19. Kami juga menyediakan servis home testing yang boleh didapati di link berikut: COVID-19 Screening At Home.
Saya sarankan anda membuat temu janji dahulu bagi memudahkan urusan anda.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini