
Sulit
4 tahun
Ujian saringan kesihatan
Saya tinggal di kawasan PKPD. Tp bekerja dikawasan PKP. Jadi perlu ke saya untuk buat swap test covid19 untuk merentas daerah kawasan bekerja.? Sedangkan saya tiada tanda gejala demam atau batuk. Saya tiada risiko hubung rapat dengan pesakit covid19. Boleh saya tahu maksud sebenar ujian saringan kesihatan tu apa.?? Adakah ujian saringan kesihatan itu bermaksud swab test covid19.?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai.
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID19. Ujian saringan adalah swab test untuk mengesan covid19. Memandangkan anda tidak mempunyai gejala seperti batuk kering, demam dan cirit birit, namun untuk mendapatkan lebih kepastian anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Sekiranya anda berisiko tinggi, ujian saringan di klinik kesihatan atau hospital kerajaan perlu dijalankan.
Buat masa ini hospital kerajaan merupakan tempat ujian saringan dijalankan. Anda boleh mengunjungi mana-mana hospital kerajaan bagi mendapatkan ujian saringan tersebut. Disini saya lampirkan senarai hospital yang menyediakan perkhidmatan saringan [([Designated Hospital for COVID-19]]((http://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Garis%20Panduan/Pengurusan%20KEsihatan%20&%20kawalan%20pykit/2019-)
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini