
Sulit
3 tahun
Ujian saringan selepas ambil vaksin AZ
Saya & isteri baru mengambil vaksin AZ semalam (23/5/2021) dan saya & wife mengalami demam pada malam hari selepas mengambil vaksin. Pada hari ini, saya MC & mendapat berita terdapat kes positif di office. Saya sudah menjalani RTK test hari ni (24/5/21) dah result positif. Adakah saya positif disebabkan vaksin?untuk info, sebelum vaksin saya tiada apa2 simptom covid19.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda.
Kami memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk makluman anda, manfaat vaksinasi COVID-19 adalah bagi mencegah komplikasi yang teruk apabila berkemungkinan dijangkiti COVID-19. Selain itu, berdasarkan pandangan pakar kesihatan di seluruh dunia, vaksin juga mempunyai manfaat sekian peratus terhadap penurunan risiko kematian, pengurangan kemungkinan kemasukan ke hospital dan pengurangan risiko jangkitan COVID-19. Namun, ia tidak menjadikan semestinya anda kebal terhadap virus ini, justeru, terdapat sesetengah kes yang melaporkan ada individu yang dijangkiti COVID-19 walaupun telah mendapat vaksin. Akan tetapi, gejala bagi individu yang pernah mendapat vaksin, dilaporkan adalah ringan. Sehubungan itu, vaksin COVID-19 tidak mempunyai seluruh genome virus untuk dikesan pada ujian swab, maka, ia tidak mempengaruhi keputusan ujian saringan yang dijalani. Hasil yang positif boleh diakibatkan jangkitan virus sebelum vaksinasi atau sesudahnya. Sila ikuti garis panduan kuarantin, jika anda disahkan positif COVID-19 dan berjumpa dengan doktor sekiranya mengalami gejala yang lebih teruk.
Gejala demam setelah penerimaan vaksin COVID-19 adalah lazim dilaporkan dan ia merupakan antara kesan sampingan yang ringan. Ubat-ubatan untuk mengurangkan gejala boleh diambil setelah mendapat penerangan dan nasihat daripada doktor. Biasanya, ia akan mereda setelah beberapa jam atau hari. Namun, sekiranya tidak, sila dapatkan bantuan doktor. Gejala seperti demam atau kemerahan pada tempat suntikan wajar berlaku setelah vaksinasi, sekaligus ia menjadi petanda reaksi tindak balas tubuh badan terhadap vaksin untuk membentuk antibodi melawan virus.
Sekiranya terdapat sebarang keraguan, anda digalakkan untuk mendapatkan kepastian selanjutnya dari doktor atau doktor pakar di klinik atau hospital yang berdekatan ataupun kepada pegawai perubatan di Pusat Pemberian Vaksin anda.
Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC) atau JKJAV. Selain daripada itu, teruskan rutin kerap melakukan kebersihan tangan dengan baik, amalkan penjarakan sosial/fizikal, memakai pelitup muka di luar rumah dan patuhi SOP pandemik yang lain.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
info@vaksincovid.gov.my
Ingin meningkatkan imuniti tubuh? Suplemen merupakan pilihan yang tepat!
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. Klik di sini untuk bercakap dengan doktor. untuk maklumat lanjut tentang vaksin. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini