Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris | |
Doktor-doktor kami boleh menulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris | |
Doktor bertauliah | |
Semua doktor di DoctorOnCall adalah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia | |
Privasi Terjamin | |
Sebarang data anda tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak | |
Pantas Dan Cekap | |
Sebarang pertanyaan anda akan dijawab oleh doktor degan segara |
Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli
Saya nk tanya jika.ujian swab test saya positif sebagai kontak rapat ape perlu buat. Kawan yg disahkan positif masib belum dipanggil kkm utk swab yang kedua, kontak rapat yg telah dapat keputusan kena maklumkan pada pkd ke
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda.
Kami faham kebimbangan anda pada masa ini tentang wabak COVID-19. Untuk pengetahuan anda, sekiranya keputusan ujian swab anda positif, pihak kesihatan akan memaklumkan kepada anda. Sekiranya anda tidak dipanggil, kami sarankan anda untuk menghubungi pihak kesihatan.
Swab kedua akan dilakukan pada penghujung tempoh kuarantin, pada hari ke-13 dan keputusannya akan dikeluarkan dalam masa satu atau dua hari.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.