
Sulit
4 tahun
Ujian UPT 1&2 dua line samar, kali ke3 cek -ve
Saya wanita 30thn , ada masalah kitaran haid tak menentu dan sdah 8tahun berkahwin masih menunggu zuriat. Baru2 ni, sya cuba cek UPT, upt pertama double line samar tapi jelas… UPT kedua sebelah petang terlalu samar… tapi masi kelihatan … selepas 2hari saya cek lagi tapi -ve… pinggang sakit , bawa perut sebelah kiri kebas. Adakah betul saya mengandung ? atau tidak … nak cek ke klinik saya takut kecewa.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall
Berdasarkan kenyataan anda, kami memahami kegusaran anda dalam hal ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan keputusan kit UPT anda negatif:
- Tidak menggunakan air kencing pertama pagi waktu pagi (kandungan hormon hCG adalah tinggi pada waktu ini)
- Menggunakan kit UPT yang telah tamat tempoh.
- Meminum air dengan kadar yang banyak sehingga melarutkan hormon di dalam air kencing
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Jika anda masih tidak pasti dan ragu-ragu mengenai keputusan UPT anda, kami sarankan agar anda bertemu dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Untuk menjawab soalan anda, kami tidak dapat mengatakan sama ada anda mengandung ataupun tidak kerana kami memerlukan maklumat lain dan melakukan pemeriksaan terhadap anda.
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) dan bercakap dengan doktor kami secara peribadi di atas talian. Terima kasih.