
Sulit
3 tahun
Ukuran kepala kandungan tidak sama dengan usia kandungan
Isteri saya telah melakukan scan dengan doktor pakar di HSA. Berdasarkan keputusan scan itu BPD kandungngan ialah 34w manakala HC, AC dan FL 36w. Adakah kandungan isteri saya ada masalah seperti mikrosefeli? Usia kandungan sebenar adalah 37w.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kegelisahan anda berkenaan hasil pemeriksaan fetal biometry yang telah dijelaskan tempoh hari. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, terdapat kajian yang mendapati bahawa ukuran Bipareital Diameter, BPD atau Fetal Biometry (i.e. Head Circumference, Abdominal Circumference, Femur Length) untuk menilai usia kehamilan berkemungkinan akan menjadi sedikit berbeza atau lebih kecil berbanding ukuran Gestational Age.
Namun begitu ukuran fetal biometry yang terlalu kecil berbanding gestational age boleh menandakan perkara yang serius seperti Intrauterine Growth Restriction (IUGR). Manakala ukuran fetal biometry yang terlalu besar pula boleh menandakan kondisi seperti Gestational Diabetes.
Oleh itu anda disarankan untuk mendapat penerangan yang selanjutnya dari pihak hospital berkenaan kondisi kehamilan isteri anda.
Anda juga boleh berhubung dengan doktor di atas talian agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut, atau merujuk kepada doktor pakar sekiranya perlu.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor Pakar Kehamilan.