
Anonymous
5 tahun
Ulser anak tekak dan pecah berdarah
Umur sy 28 tahun…dlm 1 minggu nie sy telah mengalami ulser anak tekak…dan menyebabkan sy susah utk menelan mkn…tp slepas 3-4 hari dia berangsur pulih dan senang utk sy menelan mknan…tp hari nie lpas sy mandi n gosok gigi sy telah berkumur dan sy lihat ada ketulan darah pekat dan darah cair…apabila sy lihat melalui cermin dan dapati ulser anak tekak y dulu bengkak telah kempis dan pecah…mgkin berlaku ketika sy berkumur…apa y harus sy lakukan dgn ulser anak tekak y dh pecah nie…adakah sy perlu ke hospital utk rawatan susulan…atau ada kesan2 sampingan y sy akan alami…tlong jelas kn bg mengisi keraguan y sy alami ini…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Masalah ini selalunya boleh sembuh dengan sendirinya. Namun ia bergantung kepada saiz, lokasi dan status kesihatan anda. Secara amnya, anda tidak perlu risau. Apa yang anda perlu buat adalah gosok gigi dan berkumur dengan ‘mouthwash’ setiap kali setelah makan.
Jika timbul gejala seperti demam, pendarahan yang berterusan,dan sakit yang bertambah teruk, anda dinasihatkan segera berjumpa doktor. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.